Abu Hamid
Muhammad bin Muhammad al Ghazali ath-Thusi asy-Syafi'i(lahir di
Thus; 1058 / 450 H – meninggal di
Thus; 1111 / 14 Jumadil Akhir 505 H;
umur 52–53 tahun) adalah seorang filosof dan teolog muslim Persia, yang
dikenal sebagai Algazel di dunia Barat abad Pertengahan.
Ia berkuniah Abu
Hamid karena salah seorang
anaknya bernama Hamid, Gelar
beliau al-Ghazali ath-Thusi berkaitan dengan ayahnya yang bekerja
sebagai pemintal bulu kambing dan tempat kelahirannya yaitu Ghazalah di Bandar
Thus, Khurasan, Persia (Iran). Sedangkan gelar asy-Syafi'i menunjukkan bahwa beliau bermazhab
Syafi'i. Ia berasal dari keluarga yang miskin. Ayahnya mempunyai cita-cita yang
tinggi yaitu ingin anaknya menjadi orang alim dan saleh.
Imam
Al-Ghazali adalah seorang ulama, ahli pikir, ahli filsafat Islam yang terkemuka
yang banyak memberi sumbangan bagi perkembangan kemajuan manusia. Ia pernah
memegang jawatan sebagai Naib Kanselor di Madrasah Nizhamiyah, pusat pengajian
tinggi di Baghdad. Imam Al-Ghazali meninggal dunia pada 14 Jumadil Akhir tahun
505 Hijriah bersamaan dengan tahun 1111 Masehi di Thus. Jenazahnya dikebumikan
di tempat kelahirannya.
Sifat Kepribadian - Imam al-Ghazali
mempunyai daya ingat yang kuat dan bijak berhujjah. Ia digelar Hujjatul Islam karena
kemampuannya tersebut. Ia sangat dihormati di dua dunia Islam yaitu Saljuk dan
Abbasiyah yang merupakan pusat kebesaran Islam. Ia berjaya menguasai pelbagai
bidang ilmu pengetahuan. Imam al-Ghazali sangat mencintai ilmu pengetahuan. Ia
juga sanggup meninggalkan segala kemewahan hidup untuk bermusafir dan
mengembara serta meninggalkan kesenangan hidup demi mencari ilmu pengetahuan.
Sebelum beliau memulai pengembaraan, beliau telah mempelajari karya ahli
sufi ternama sepertial-Junaid Sabili dan Bayazid
Busthami. Imam al-Ghazali
telah mengembara selama 10 tahun. Ia telah mengunjungi tempat-tempat suci di
daerah Islam yang luas seperti Mekkah, Madinah, Jerusalem, dan Mesir. Ia
terkenal sebagai ahli filsafat Islamyang
telah mengharumkan nama ulama di Eropa melalui hasil karyanya yang sangat
bermutu tinggi.
Sejak kecil lagi beliau telah dididik dengan akhlak yang
mulia. Hal ini menyebabkan beliau benci kepada sifat riya,
megah, sombong, takabur, dan sifat-sifat tercela yang lain. Ia sangat kuat
beribadat, wara', zuhud, dan tidak gemar kepada kemewahan, kepalsuan, kemegahan
dan mencari sesuatu untuk mendapat ridha Allah SWT.
Pendidikan - Pada tingkat dasar, beliau mendapat
pendidikan secara gratis dari beberapa orang guru karena kemiskinan
keluarganya. Pendidikan yang diperoleh pada peringkat ini membolehkan beliau
menguasai Bahasa Arab dan Parsi dengan fasih. Oleh sebab minatnya yang mendalam
terhadap ilmu, beliau mula mempelajari ilmu ushuluddin, ilmu mantiq, usul fiqih,filsafat, dan
mempelajari segala pendapat keeempat mazhab hingga
mahir dalam bidang yang dibahas oleh mazhab-mazhab tersebut.
Selepas itu, beliau melanjutkan pelajarannya dengan Ahmad
ar-Razkani dalam bidang ilmu fiqih, Abu
Nasr al-Ismail di Jarajan, dan Imam Harmaim di Naisabur. Oleh
sebab Imam al-Ghazali memiliki ketinggian ilmu, beliau telah dilantik menjadi
mahaguru di Madrasah Nizhamiah (sebuah universitas yang didirikan oleh perdana
menteri) di Baghdad pada
tahun 484 Hijrah. Kemudian beliau dilantik pula sebagai Naib Kanselor di sana.
Ia telah mengembara ke beberapa tempat sepertiMekkah,Madinah,Mesir dan Jerusalem untuk
berjumpa dengan ulama-ulama di sana untuk mendalami ilmu pengetahuannya yang
ada. Dalam pengembaraan, beliau menulis kitab Ihya Ulumuddin yang
memberi sumbangan besar kepada masyarakat dan pemikiran manusia dalam semua
masalah.
Karya-karyanya :
·
Misykah al-Anwar (The Niche of Lights)
·
Maqasid al-Falasifah
·
Tahafut al-Falasifah,[6] buku ini membahas kelemahan-kelemahan para filosof masa itu,
yang kemudian ditanggapi olehIbnu Rushdi dalam
buku Tahafut al-Tahafut (The Incoherence of the Incoherence).
·
Al-Mushtasfa min `Ilm al-Ushul
·
Mi`yar al-Ilm (The Standard Measure of Knowledge)
·
Al-Qistas al-Mustaqim (The Just Balance)
·
Mihakk al-Nazar fi al-Manthiq (The Touchstone of Proof in Logic)
0 komentar:
Posting Komentar